My daughter's birthday!!!

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 25, 2011

Antara Risiko Mungkin Dihadapi Oleh Bayi yang Tidak Menyusu Susu Ibu

Posted by Ummi Syifa at 6:28 AM 0 comments
Salam all..

kali ni nak share info dari blog teman seperjuangan dalam breastfeeding...

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.

Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.

Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.

Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.

Sunday, January 23, 2011

Medela Freestyle ku

Posted by Ummi Syifa at 5:33 AM 0 comments
alkesahnyer time pregnant tu plan nak beli breastpump lps 2 mggu deliver sbb takut susu takde..rupanyer andaian ku salah sama sekali...susu tu insyaallah ada dgn niat yg suci murni dan mindset kne btol..awal2 tu niat kata nk fully breastfeed anak..insyaalah Allah tentukan rezeki buat anak kita..tapi kalau dah takde tu lepas berusaha macam2 dah..nak wat camne..doa dan ikhtiar yg penting..

so berbalik cite tadi, start je MC bfore due (amik awal sbb travel ke opis jauh) terus diskus ngn hubby pasal nak beli breastpump FS..dh usha2 sblm tu dah..ingt suh hubby beli kan tp memndangkan nk beli awl, survey punya survey jumpa 1 online shop ni..alhmdlh slmt smpi 3 hari kemudian courier d depan umah..tak sempat godek pun, dh deliver lak..

dugaan besar lak, baby syifa' kena sakit kuning a.k.a jaundice masa hari ke-3..trus kena warded di nursery DEMC Shah Alam..parents kalo nak stay kira bil lain..so ktorg berulang jela dari rumah..itulah pertama kali m'gunakan breastpump since nurse infm boleh bg susu ibu ke hosp..kalo ibu stay leh bg direct..tp ktorg pikir ongkos nye juga..takpelah struggle mengepam n ulang alik ke hosp..alhamdulillah 1st time dapat dalam 1oz, 1.5oz..lama2 dpt dlm 3oz..ckup la utk baby syifa'..berbaloi juga berkoban duit beli fs ni..sgt applicable..leh pump dlm kete lg on the way ke hosp dr umh mak..

nak kata breastpump related to production susu tak gak..cuma different nyer in term of kemudahan kita..fs guna bateri so tak susah nak cari plug memana (dgn syarat kena cas di umh dulu ar).ringan pun ringan, double pumping n tak perlu nak pegang pump sgt..nama pun freestyle..tapi takdelah kita leh baring ke tido masa mengepam tu..

inilah freestyle ku...
medela freestyle breastpump

Tuesday, January 18, 2011

Stok EBM dan fridge Hitachi

Posted by Ummi Syifa at 8:29 PM 0 comments
Salam n morning all,

Arini nak cte psl stok ebm since masuk keje lps bercuti 'panjang' yg xpanjang gak la..
Actually me tak wat stok pun mcm org2 lain..1 week b4 msuk keje, bru blk ke my home sweet home..from dat time bru start nk proses ngepam ni..cbrn nyer lak si kecik syifa' ni asik nk melekap jer..nk pam pun pyh..so tggu time dia tido bru la pam..dh msuk opis bru bljr camne nk pam sblh..now kalo xbnyk mse, me pam sblh,syifa mnum sblh..jimat mse kan hehehe..

cite blk psl stok..mmg xbnyk ar stok dlm fridge tu..ada ar dlm 4-5 liner..tp sbb cekal dan yakin dgn rezeki tuhan, alhmdlh skang ni smakin b'tmbh stok ebm dlm freezer tu..disebabkan me keep my stok into liner n icecream plastic (ni suggestion dr officemate) so my hubby belikan tupperware then sng nk manage..

nak dijadikan citer..ktorg beli 2nd hand fridge mse kawin aritu..sbb pk nk pndh nnt tkut rosak lak fridge baru..ckup setahun stgh 'dia' berkhidmat, finally.... its gone..uhuhuh..awl2 tu ktorg dh dgr 'bunyi2 nazak' dr fridge tu..but ktorg b'sbr nk tggu weknd cari baru..xsmpt smpi weeknd, mid of d week tu dh smpi akhir hayat nyer..gelabah gak ar..elok2 smpi umah, my hubby ngn muka suspen infm fridge dah off..cpt2 masuk tgk stok ebm dlm tupperware tu.alhmdlh still beku.tnpa rs segan silu, hubby suh tny jrn sblh..mlm sblm tu ktorg dh buat bbrp option in case jd camni..d 1st option t'lintas is tumpg fridge org sblh andaikata ada space lg..kalo takde, tny jrn lain lak..hubby ckp smpn ckit2 kat smua umh jrn tetangga hahahaha ada ke patot..so dgn muka tebal ni g la tekan bell kat umh pkck sblh dgn hrpn mkck tu ada kat umh..n u know wat..husb dia (pkck) yg kuar..xpela..pkck pun pkck ar...sbb mcm bapak sndri kan..then tny la dia bla bla bla..dia suh msuk tgk space dlm freezer dia..alhmdlh sykur pd NYA lg sekali..masih ada rezeki buat syifa'..sok nyer ktorg amik leave nak cari new fridge (yeehaa).memndangkan nak amik masa hntr fridge ni tu yg ktorg kena cari awal gak..nsb dia leh hntr sok ptg nyer..dugaan dugaan...

Enjoy my new life

Posted by Ummi Syifa at 1:08 AM 0 comments
hi all..just nk sharing my life sjk ada new born ni..

i looovee breastfeeding..thanks to my sweety daughter n luvly husb for ur support..tak sangka alhamdulillah shingga ke hari ini (dah 3months++) my daughter, Syifa' still minum susu ummi dia..credit to syifa'..Syukur pada NYA yg kurniakan rezeki kpd kami sekeluarga..me ter sgt la happy biler tahu ada rakan2 yg lain seangkatan dgn me..maybe production smua org tak sama but if still cukup utk anak kita, why not kita b'syukur and b'bangga dgn kurniaan ni..kan..

skang ni me tgh bg galakkn kat my colleague utk bf..she will join our club 'mommy's club' on this coming May insyaallah..hopefully smua b'jln lncar utk dia..

actually bnyk dugaan n cbrn at d first time nk fully bf ni..dhla be d 1st time mommy..tp demi Syifa', papepun halangan ummi tetap tempuh..alhmdlh dgn izin ALLAH smua b'jln dgn lancar..


DISCLAIMER
semua post di dalam blog ini hanya berdasarkan pengalaman saya dan rakan2..untuk info yg lebih tepat, sila dapatkan rujukan dari yg pakar...sekian..

 

Dunia Permataku Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal